Kita boleh memahami sekiranya orang bukan Islam ketandusan fikiran bagaimana ini boleh berlaku dan
apakah penyelesaiannya. Tetapi sungguh menakjubkan sekiranya orang
Islam sendiri tidak nampak penyelesaiannya! Apa yang artikel ini gambarkan
ialah apa yang akan berlaku kepada ekonomi dunia sekiranya tuntutan AlQuran diketepikan.
Inilah sebabnya Allah dan RasulNya istihar perang terhadap pengamal riba 1400
dahulu. Inilah apa yang akan berlaku sekiranya kita benarkan riba berleluasa
dan membiak tanpa diawasi. Ekonomi yang dikemudi riba akan mengkayakan yang
kaya dan mengkedanakan yang miskin. Wang yang tidak disandarkan kepada emas
atau KDNK dan dipantau oleh Persatuan Hisbah Antarabangsa akan membenar mata wang
yang merupakan mata wang rizab antarabangsa melanun tanpa batasan. Diekonomi
peringkat negara pula perbankan rizab pecahan menjadi perompak orang miskin. Diekonomi
peringkat antarabangsa pinjaman riba ala pembunuh ekonomi upahan menjadi
perompak negara miskin.Disetiap negara pakatan jahat perbankan rizab pecahan,
sistem perbankan riba dan hutang, dan wang yang tidak bersandarkan ‘ain akan
bekerjasama untuk mencuri dari yang miskin.
Bagaimanakah dapat
kita memberi faham kepada ummah......