Monday, November 17, 2014

Kekeliruan isu wang kertas - Diantara bicara furu' dan bicara makro kesan sistem wang fiat


Assalamu 'Alaikum

Didalam Isu wang kertas apa kata kita bicara daripada segi makro, yakni daripada segi kesan sistem tersebut terhadap ummah terutama rakyat marhaen dan samada sistem tersebut melanggar maqasid. 

Masalah wang kertas, atau lebih tepat dirujuk kepada sistem wang yang tidak bersandar kepada emas atau mempunyai 'ain sendiri, ialah masaalah jumlah wang didalam sesebuah negara dinaikkan tanpa henti sementara barang dan khidmat tidak naik setaraf kenaikkan jumlah wang. 

Ini mengakibatkan inflasi besar, berpanjangan dan tanpa henti, yang sentiasa mencuri kuasa beli terutama dari rakyat marhaen yang berpendapatan tetap dan rendah. 

Contoh 1980an gaji graduan baru RM1200 nasi campur RM1.80, kereta termurah RM14,000 dan rumah termurah RM60,000. 2014 Gaji graduan baru purata RM1,900, nasi campur RM5, kereta RM40,000 dan rumah RM400,000. Ini jelas kesan inflasi sistem duit fiat.