Assalamu ‘Alaikum
Kekeliruan
berkaitan Risiko dan Pengurusan Risiko oleh pengamal muamalat Islam
Kita sering mendengar istilah Risiko and Pengurusan Risiko
yang diguna pakai hari ini khususnya dalam industri perbankan Islam. Pengamal
Pengurusan Risiko didalam industri amnya dan industri perbankan Islam khususnya
menerima bulat-bulat ilmu Pengurusan Risiko yang telah diajar oleh Barat selama
ini tanpa mengkaji latar belakang hasilnya ilmu tersebut.
Jelas sekali Ilmu Pengurusan Risiko yang diajar barat
berpaksi kepada kehalalan riba kepada mereka. Malah setiap ajaran dalam Ilmu
Pengurusan Risiko Barat berobjektif menguntungkan pengamal riba.
Hubungan diantara peminjam dengan yang meminjam bersandar
kepada hubungan pinjaman wang atau “money lending.” Oleh yang demikian ini
bukanlah merupakan suatu amalan muamalat didalam Islam. Hubungan muamalat dalam
Islam contohnya ialah diantara penjual dan pembeli, dan penyewa dan yang menyewa.
Oleh yang demikian Pengurusan Risiko yang diamal oleh ‘money lenders’ tidak boleh digunapakai oleh pengamal muamalat
Islam.
Pengamal riba barat pula tidak membezakan diantara Risiko ‘Moneylending’
dari Risiko Perniagaan. Pengamal riba barat golongkan kedua-dua jenis Risiko
sebagai sama dan aturkan penolakkan semua Risiko kepada pihak peminjam.
Pengamal Muamalat Islam harus bezakan antara Risiko ‘Money lending’ dan Risiko
Perniagaan. Mereka tidak boleh amal Pengurusan Risiko ‘Money lending’ sebab perniagaan
‘money lending’ ialah suatu amalan yang ditegah Islam. Pengamal muamalat Islam
tidak boleh mencorak syarat Risiko Perniagaan dilonggokan kepada pihak yang
berniaga dengannya. Kalau ini dilakukan
ia merupakan suatu taktik Pengurusan Risiko ‘Money lending’ yang diamal oleh
pengamal riba.
Sesuai dengan Qaiddhah Fiqiyyah AlGhunum bi AlGhurm
bermaksud laba hanya dengan Risiko pengamal muamalat Islam harus terima
kewujudan Risiko Perniagaan.Malah ia perlu mencari muamalat yang ada Risiko untuk
pastikan kehalalan muamalat tersebut. Risiko Perniagaan ini pula diurus yakni
dikurangkan dan dikongsi dengan rakan kongsi perniagaan. Adalah salah sama
sekali pengamal muamalat Islam menolak Risiko Perniagaan dan letakkanya
sepenuhnya keatas rakan kongsi.
Contoh Risiko Perniagaan ialah Risiko gudang terbakar
hangus. Contoh Pengurusan Risiko Perniagaan ialah ambil takaful untuk atasi Risiko
tersebut.
Contoh Risiko ‘Money lending’ pula ialah mencorakkan syarat
supaya semua Risiko Perniagaan didalam sesuatu muamalat diletak sepenuhnya
keatas bahu hanya seorang ahli niaga dan seorang lagi bebas dari semua Risiko Perniagaan.
Didalam kemudahan Musharakah Mutanaqissah untuk pembelian
rumah contohnya bank dan pelanggan bermusharakah untuk membeli rumah tersebut.
Kemudian bank sewakan bahagiannya kepada pelanggan. Setiap kali membayar sewa
pelanggan disyaratkan membeli sebahagian kecil bahagian bank dalam rumah.
Akhirnya pelanggan akan memilikki rumah sepenuhnya. Didalam keadaan ini tidak
bolehlah disyaratkan sekiranya Developer lari dan tidak habiskan pembangunan
rumah tersebut ini adalah kesalahan pelanggan! Tidak boleh disyaratkan dalam
keadaan ini pelanggan diwajibkan membeli sepenuhnya milik bank dalam rumah itu
dengan harga yang tidak merugikan bank! Bukankah pelanggan dan bank bermusharakah?
Syarat apa dalam Musharakah yang membenarkan seorang ahli Musharakah
terpelihara dari rugi? Ini merupakan contoh terbaik Pengurusan Risiko ‘Money
lending’ dalam apa yang sepatutnya menjadi muamalat Islam.
Sedarlah bezanya Risiko ‘Money lending’ dan Risiko Perniagaan. Jangan amal Pengurusan Risiko ‘Money lending’
; terima Risiko Perniagaan, uruskannya, dan tanggunglah ia bersama secara adil.
Wassalam,
Zahid
‘72S
No comments:
Post a Comment