Criticisms of Islamic Banking / Kritikan Terhadap Perbankan Islam
Criticisms of Islamic Banking
https://www.facebook.com/notes/toward-a-just-monetary-financial-system/criticisms-of-islamic-banking-kritikan-terhadap-perbankan-islam/715739895124537
There has been a lot of criticisms on Islamic banking but it has to be addressed correctly.
Criticisms of Islamic banking includes it being too expensive and just a mirror image of conventional banking.
To get credibility of the criticisms we must address the Shariah issues of Islamic banking whether Islamic banking in practise contradicts Shariah.
We cannot say Islamic banking is wrong because it is too expensive. It is a known principle in Shariah not to interfere in normal market pricing. If that is our line of criticism we have to prove the point with statistics and be sure we are comparing like with like. For example are we comparing fixed rate Islamic finance with floating rate conventional finance? In which case is our conclusion conclusively proven with numbers to support? We must also be cognisant that Islamic banking is not meant to operate in a dual environment and in a real Islamic economy it is haram for Muslims to frequent conventional banks. In today’s economy Muslims are allowed to also use conventional banks and conventional banks do not have to abide rules Islamic banks have to. This means Islamic banks by default have to be “like” conventional banks to survive and thrive. In this case it is not appropriate to level criticism only at Islamic banks; the bigger criticism have to be levelled at the government for allowing conventional banks to continue operating at a distinct advantage over Islamic banks. Governments have also failed in their duty to prevent the ummah from using riba institutions.
If however the criticism of Islamic banking is because Islamic bankers do not take into account the haram monetary system they are operating in then the criticisms is absolutely valid. It is valid because the Islamic bankers do not attempt to understand the monetary system they are in. They do not attempt to understand the gharar and haram fractional reserve banking system they are operating in. They do not attempt to understand how fractional reserve banking creates inflation and steals from the poor. They do not attempt to understand how the combination of fractional reserve banking and debt based banking systematically transfers wealth from the poor to the rich. They do not attempt to understand how the banking system allows the same amount of money to be used in multiple BBA, Ijarah and Istisna’ akads and how if all the ahli akad demand to see the money at the same time all these individual akads will fail.
They do not attempt to understand all these and they do not attempt to make their Shariah Advisers understand all these. Now that is the valid and to the point criticism of Islamic banking.
What we want to see is a serious and consistent attempt to change to a new monetary and banking system. Refusal to try and continued validation of an evil domestic system, that ultimately supports an evil international system, that perpetuates the wealth of those threatening AlAqsa and Palestine, is the criticism that arrows to their hearts. If they are against our efforts to change, they will answer in Mahsyar. If they don’t understand the issues, then doesn’t the Quran enjoins them to think?
Kritikan Terhadap Perbankan Islam
Terdapat banyak kritikan mengenai perbankan Islam tetapi ia perlu ditangani dengan betul.
Antara kritikan terhadap perbankan Islam termasuk ia menjadi terlalu mahal dan hanya imej cermin perbankan konvensional.
Untuk mendapatkan kredibiliti untuk kritikan tersebut kita mesti menangani isu-isu Syariah perbankan Islam yakni sama ada perbankan Islam dalam amalan bercanggah dengan Syariah.
Kita tidak boleh mengatakan perbankan Islam adalah salah kerana ia terlalu mahal. Ia merupakan prinsip yang makruf dalam Syariah untuk tidak campur tangan dalam urusan penentuan harga pasaran biasa. Jika itu merupakan kritikan kita, kita perlu membuktikannya dengan statistik dan pastikan kita membandingkan perkara yang sama dengan yang sama. Sebagai contoh adakah kita merujuk kepada bandingan kadar tetap kewangan Islam dengan kadar terapung kewangan konvensional ? Kalau begitu adakah nukilan kita terbukti dengan statistik yang menyokong? Kita juga harus menyedari bahawa perbankan Islam tidak sepatutnya beroperasi dalam persekitaran dwi sistem, dan dalam ekonomi Islam yang sebenar adalah haram bagi umat Islam melanggan bank-bank konvensional. Dalam ekonomi hari ini orang Islam dibenarkan juga menggunakan bank-bank konvensional dan bank-bank konvensional tidak perlu mematuhi peraturan yang perlu dipatuhi bank-bank Islam. Ini bermakna bank-bank Islam sedikit sebanyak terpaksa menyerupai bank-bank konvensional untuk terus hidup dan berkembang maju. Dalam kes ini ia tidaklah tepat untuk tujukan kritikan hanya kepada perbankan Islam; kritikan yang lebih berat perlu dilontarkan kepada kerajaan yang membenarkan bank-bank konvensional untuk terus beroperasi dengan kelebihan tertentu berbanding bank-bank Islam . Kerajaan juga telah gagal dalam tugas mereka untuk menghalang umat Islam daripada menggunakan institusi riba.
Jika bagaimanapun kritikan kita terhadap perbankan Islam adalah kerana bank-bank Islam tidak mengambil pusing sistem monetari haram dalam mana mereka sedang beroperasi maka kritikan ini sememangnya tepat. Ia adalah tepat kerana pihak perbankan Islam tidak cuba untuk memahami kepincangan sistem monetari yang mereka dukung. Mereka tidak cuba untuk memahami gharar dan haramnya sistem perbankan rizab pecahan. Mereka tidak cuba untuk memahami bagaimana perbankan rizab pecahan mewujudkan inflasi dan sekaligus mencuri kuasa beli dari golongan miskin. Mereka tidak cuba untuk memahami bagaimana gabungan perbankan rizab pecahan dan perbankan hutang secara sistematik memindahkan kekayaan dari golongan miskin kepada golongan kaya. Mereka tidak cuba untuk memahami bagaimana sistem perbankan yang mereka amali membolehkan jumlah wang yang sama digunakan secara serentak dalam pelbagai akad BBA, Ijarah dan Istisna ' dan bagaimana jika semua ahli akad menuntut penyerahan tunai pada masa yang sama, maal ini tidak boleh diserahkan menjurus kepada kebatalan dan kebatilan kesemua akad-akad individu tersebut .
Mereka tidak cuba untuk memahami semua ini dan mereka tidak cuba untuk membuat Penasihat Syariah mereka memahami semua ini. Ini merupakan kritikan yang sah dan tepat terhadap perbankan Islam.
Apa yang kita mahu lihat ialah cubaan serius dan konsisten untuk menukar kepada sistem kewangan dan perbankan yang baru. Keengganan untuk mencuba dan pengakuan berterusan kesahihan sistem domestik yang batil ini, yang menjurus kepada sokongan terhadap sistem antarabangsa yang sama batil, yang mengukuhkan kekayaan khususnya kepada mereka-mereka yang sedang mengancam AlAqsa dan Palestin, adalah kritikan yang tajam yang dituju terus kepada kalbu mereka. Jika mereka tentang usaha kita untuk mengubah keadaan ini mereka perlu jawab diMahsyar nanti. Jika mereka tidak memahami isu-isu tersebut, maka tidakkah Al-Quran menuntut untuk mereka berfikir ?
No comments:
Post a Comment