Perbualan Antara Sahabat II
Shuaib : Adakah Perbendaharaan Negara mengamalkan sistem perbankan rizab pecahan didalam urusan pinjaman perumahannya?
Zakaria : Perbendaharaan Negara tidak boleh mengamal sistem perbankan rizab pecahan sebab mereka bukan peminjam, penerima deposit dan pengendali akaun semasa dengan buku cek. Perbankan Rizab pecahan hanya boleh dibuat oleh institusi yang boleh membuat tiga perkara tersebut secara serentak.
Shuaib : Pemerintah mampu membuat tiga perkara itu melalui Bank Pusatnya. Mereka faham kesan buruk cetakan wang palsu. Mengapa mereka benarkan sistem bank membuat perkara yang sama kesannya saperti mencetak wang palsu dalam sebuah negara?
Zakaria: Sekiranya ulama benar-benar faham sistem ini, ia akan ditegah diatas sifat gharar kubra, menjurus kepada memakan harta tanpa haq, dan menindas golongan dhaif, dan menidak beberapa Maqasid Syariah.
Thursday, April 24, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)