Wednesday, August 13, 2014

Suatu Amalan Muamalat Yang Mencurigakan

Assalamu 'Alaikum

SUATU AMALAN MUAMALAT YANG MENCURIGAKAN

[Source : FB Page - Towards a Just Monetary & Financial System / KeArah Sistem Monetari & Kewangan yang Adil]

Hilmi : Azman pinjamkan saya RM1000 untuk 6 bulan?

Azman : Boleh, nah RM1000 tunai?

Hilmi : Azman boleh tak awak simpan dulu duit RM1000 ni. Saya nak guna sikit sikit je. Bila perlu saya minta lah kat awak, baki tu awak tolonglah simpan untuk saya, saya takut hilang.

Azman : Baiklah ini resit membuktikan jumlah wang yang ada pada saya sekarang ya itu sebanyak RM1000.

Salim : Azman, pinjam kan saya RM500 untuk 2 bulan?

Azman : Tak buleh saya dah habis duit.

Salim : Tu yang RM1000 Hilmi simpan dengan awak tu.

Azman: Ini duit Hilmi, saya tak boleh pinjam kat orang lain.

Salim: Bolehlah, saya bukan nak RM1000. RM500 je. Dan untuk 2 bulan je. Hilmi tak tahu. Saya terdesak ni.

Azman : Baik lah nah RM500.



Salim : Azman awak pegang untuk saya RM400 dulu nanti bulan depan saya ambil dari awak. Saya takut hilanglah.

Azman : Baiklah ini resit bukti wang awak sebanyak RM400 dengan saya.

Faisal : Azman, pinjam saya RM300 untuk 2 minggu

Azman : Tak buleh duit saya dah habis.

Faisal : Yang tu duit siapa tuh?

Azman : Yang ni duit Hilmi dengan Salim. Saya tak boleh pinjam kan awak

Faisal : Bolehlah. Saya terdesak ni, jumlah sikit je. Hilmi dan Salim tak tahu. Dua minggu saya bayar balik lah.

Azman : Baiklah nah RM300.

Faisal : Awak simpanlah dulu RM150, minggu depan saya ambil bakinya. Takut hilanglah.

Azman: Baiklah nah resit untuk RM150 duit awak dengan saya.

Hilmi telah amanahkan kepada Azman untuk simpan duitnya, bolehkah Azman meminjamkan duit tu kepada Salim?

Salim telah amanahkan duitnya untuk disimpan oleh Azman bolehkah Azman meminjam duit itu kepada Faisal?

Boleh atau tidak Hilmi, Salim dan Faisal mengguna resit yang dikeluarkan oleh Azman sebagai pengganti duit untuk membeli barang dan khidmat dari orang lain?

Tunai yang ada hanya RM1000 tapi jumlah resit-resit yang dikeluar oleh Azman ialah RM1000 kepada Hilmi dan RM400 kepada Salim, dan RM150 kepada Faisal berjumlah RM1,550.

Apa akan berlaku sekiranya Hilmi, Salim dan Faisal kebetulan datang serentak menuntut tunai mereka yang disimpan oleh Azman?

Pincang bukan? Pergaduhan akan berlaku apabila perkara ini berlaku bukan? Sebab Azman tidak mampu memenuhi janjinya.

Suatu amalan muamalat yang paling kurang bersifat gharar, menjurus kepada haram dan batil bukan?

Habis kalau begitu mengapa kalau bank bank buat perkara yang sama di Malaysia dikatakan halal pulak?

Sebab mereka pandai atur supaya pergaduhan tidak berlaku?

Bukan kah asas akad itu pun sudah gharar?

Apabila pergaduhan berlaku; apabila janji tidak dapat dipenuhi tidakkah yang asalnya gharar bertukar menjadi haram mutlak.

Bagaimana pula kalau amalan ini mengakibatkan kelonjakkan jumlah wang tanpa henti dalam sesuatu negara?

Bukankan ia mencuri kuasa beli rakyat marhaen yang berpendapatan rendah dan tetap?

Fikir-fikirlah.

1 comment:

  1. Ni lah aqad shj islamik tp sistem perakaunan dn perundangan masih sekular. Jd bnyk interpretasi masih sekular

    ReplyDelete