KAU PERWIRAKU
Aku tidak menghampirimu kerana kau sentiasa dikelilingi
lautan manusia,
Terlalu tinggi penghargaanmu, aku kerdil bak rumput dipadang
ragut,
Kita tidak perlu banyak bicara, kita tidak perlu limpahan
ucap kata,
Mata bertemu mata, tersemat azam yang sama.
Perwiraku, maafkan aku, kehilanganmu baru pedih ku rasa,
Aku selalu pohon restu doamu, kau tidak pernah mengabai
permintaanku,
Kau ayah tempat aku laporkan diri, kau bahu tempat aku
tangisi,
Kini kepada siapa harus aku mengadu, kau telah pergi
menjumpaiNya
Kau sumber semangatku disaat aku dikelilingi lentur
Kau mera’ikan disaat tiada yang mahu mera’i
Kau mendoa keselamatanku, disaat getir aku menghadapi musuh
Aku tidak gentar, disemati doamu
Selamat jalan Perwiraku, kini kau bersama kekasihmu,
Aku masih berpaut kepada mimpi,
Mimpi yang serupa kita lalui,
Kupohon Jannah tertinggi untukmu Perwiraku,
Berehatlah dari lelah sumbangan baktimu.
No comments:
Post a Comment