Assalamu 'Alaikum
Jangan tangisi yang dah pergi
“Farhan, bila kau ke luar negara?” tanya Zarif kepada sahabat karibnya. “Entahlah tunggu papa dapat gaji untuk beli teket kapal terbang ku, kata tak lama lagi pinjaman Bank Dunia kepada Negara akan diluluskan dan segala penjawat kerajaan akan mendapati gaji.” “Ah, baik berita tu. Apa kerja yang kau dapat diRiyadh tu?’ bertanya Zarif lagi. “Supir kepada sebuah keluarga Arab disana.” jawab Farhan. “Winston adik ku ingin kesana juga tapi susah la sikit berugama Katholik, mereka bukan serupa kita buleh hidup sebumbung dan sekeluarga berlainan ugama.” “Ya lah mereka tidak hip saperti kita, tokok Zarif dengan bangga. “Habis kau bagaimana If?” tanya Farhan.
“Han apa dah jadi kepada kita Han, merempat dinegara orang, berkuli dibumi sendiri?” keluh Zarif. “Entah lah If, ini yang kita warisi” jawab Farhan. “Tidakkah boleh kerajaan kita usaha sesuatu supaya anak bangsa dapat pekerjaan yang baik dibumi sendiri?” tanya Zarif lagi. “ Mana boleh If, kita semua tau 75% pendapatan Negara perlu disalur untuk membayar hutang Negara” jawab Farhan. “Tapi Han kita ada bangunan pencakar langit dan gedung-gedung yang besar dibukota, kau tak bangga kah?” tokok Zarif. “Ya lah tapi kan ia kosong dan mula lapok”? kata Farhan.
“Han kenapa Tok Nenek kita pinjam begitu banyak dari luar negara?” keluh Zarif lagi. “Ish engkau ni If kan mereka nak yang terbaik untuk Negara, bangunan yang paling tinggi, stadium yang paling besar, pelabuhan yang paling mahal didunia? Ngapa kau tak bangga ke?” tanya Farhan. “ Tidaklah Han, aku malu lah Han, aku malu jadi supir kepada Dato’ Widiyonto nanti. Kau tau, keluarga ku orang hebat-hebat, papa, pak long, pak ngah dan pak cu semua lulusan Malay College tau?, Aku malulah.” kata Zarif. “Habis kalau mereka hebat-hebat mengapa mereka tidak berbuat sesuatu dizaman tu, dizaman keadaan masih boleh diselamatkan,” tanya Farhan. “Ala engkau ni, mereka sibuk masa tu, Piala Dunia Ragbi sedang berlangsung kan, mana ada masa? Lagi pun kan dah ada pemimpin yang hebat-hebat masa tu belah kerajaan mahupun pembangkang,” kata Zarif.
“Aku tak rasa mereka hebatlah lah If, kalu hebat takkan lah Negara jadi begini. Parti Islam tu tak mau betul-betul gembeling tenaga profesyional yang banyak menyokong mereka, Parti pelbagai bangsa tu tiada kekuatan profesyional selain pemimpin agung mereka. Yang lagi satu tu tak payah cakap, dah rosak banyak dan banyak dikemudi oleh jemel’an Imelda Marcos. Entah lah If, mengapa mereka, papa, pak long, pak ngah, pakcu dan cerdik pandai Malay College tidak bangun menawarkan diri sebagai penyelamat Negara. Bukankah untuk tujuan ini mereka dididik diMaktab tersebut. Untuk bangun menyahut seruan Ibunda dan rintihan rakyat sebagai pimpinan alternatif negara? Bukan kah motto sekolah mereka untuk menjadi Kesatria Budiman? Entah lah If budiman mungkin, kesatria tidak sekali. Mengapa mereka tidak ambil iktibar parti Golkar dari seberang bermula dari segolongan kariar satria budiman?” keluh Farhan panjang.
“Dah lah Han, jom ke Bandar sekejap, pistol dan pisau ada? Nanti kena rompak tengah jalan, itulah dulu dianjurkan Hudud, dilengah-lengahkan, sekarang dah terlambat, Negara kita sarang penyamun, miskin kedana pulak tu, hutang keliling pinggang, tiada lagi minyak menebus kefakiran” keluh Zarif.
Zahid
Kelas '72, Rumah Sulaiman
No comments:
Post a Comment