Thursday, May 9, 2013

Raining in my heart

Assalamu 'Alaikum,
Our leaders must be aware of big picture. Taught Sukuk in house at JCorp. As usual a lot of story telling on fiat money, fractional reserve banking, rich gets richer poor gets poorer system, profit maximisation and jobless graduates and school leavers, USD, Riba, AlAqsa, secularisation, and the mindless Islamic Financial system being practised now. A participant asked, who understands all this in order for us to change, En Zahid? A sobering thought when another participant said "Is not that person you, En Zahid?" I quelled the participants by saying ok ok I will try to be the next Finance Minister by throwing my challenge in 2018 General Election but you must vote for me ok? :) Will the right leader arise so that I dont have to fulfill this promise? Will God pave the way for the change to be executed? I pained to see too much suffering by innocents who dont understand what is hitting them.

Over decades salaries dont increase but prices go up, sellers of food have to lower quality to sell. End result cancer and other diseases. Emotional onslaught to young minds when upon graduating or leaving schools no jobs for them. Billions to corporate coffers every year when man on street struggle to feed family. Corporates bent on replacing human with machines to maximise profits for shareholders. Suffering of jobless in society is not a concern. We have leaders who dont understand, voted in by populace who dont understand. Solutions by the Quran is downplayed as medieval. Belief in and implementation of Quranic injunctions will remove all these problems. The West says the Quran is medieval and is not appropriate for life. Like sheep the lost Muslims agree. Those who want to implement change are labelled radical and ungrateful. It is raining in my heart.

Pemimpin-pemimpin kita perlu sedar keadaan menyeluruh. Mengajar Sukuk di JCorp. Seperti biasa banyak ku bercerita tentang wang fiat, perbankan rizab pecahan, sistem kaya semakin kaya miskin semakin miskin, matlamat keuntungan semata mata dan pengangguran graduan dan lepasan sekolah, USD, Riba, AlAqsa, sekularisma, sistem kewangan Islam yang tidak wajar yang diamalkan sekarang. Seorang peserta bertanya, siapa yang memahami semua ini bagi membolehkan kita buat perubahan En Zahid? Tersentak kalbuku apabila peserta lain berkata, "Bukankah orang itu anda, En Zahid?" Saya tenangkan peserta dengan mengatakan baiklah saya akan cuba untuk menjadi Menteri Kewangan dan bertanding pada Pilihan Raya 2018 yang akan datang tetapi anda mesti mengundi saya ok? :) Adakah pemimpin yang memahami akan timbul supaya tidak perlu aku penuhi janji ini? Dengan izin Allah akankah terbuka jalan bagi perubahan yang ingin dilaksanakan? Aku sedih melihat terlalu banyak penderitaan oleh mereka yang tidak berdosa yang tidak memahami apa yang sedang melanda mereka.

Sejak beberapa dekad gaji tidak meningkat tetapi harga melambung, penjual makanan terpaksa merendahkan kualiti sesuai dengan kuasa membeli pembeli. Akibatnya kanser dan pelbagai penyakit lain. Serangan emosi terhadap minda anak muda apabila selepas menamatkan pengajian atau sekolah tiada pekerjaan untuk mereka. Berbilion-bilion Ringgit untung untuk korporat setiap tahun manakala, si ayah berjuang untuk memberi makan kepada keluarganya. Korporat cenderung untuk menggantikan manusia dengan mesin untuk memaksimumkan keuntungan untuk pemegang saham. Penderitaan pengangguran dalam masyarakat tidak menjadi isu kepada mereka. Kita mempunyai pemimpin yang tidak memahami, dilantik oleh rakyat yang tidak memahami. Penyelesaian Al-Quran dipandang sepi dan hina. Keyakinan dan pelaksanaan perintah Al-Quran akan menghapuskan semua masalah ini. Barat mengatakan Quran adalah kunu dan tidak sesuai untuk kehidupan sekarang. Seperti kambing ikutan sesetengah umat Islam bersetuju pendapat ini. Mereka yang ingin melaksanakan perubahan dilabel radikal dan tidak bersyukur.Tangisan dihati tiada siapa yang erti.
Zahid

No comments:

Post a Comment