Thursday, March 13, 2014

Bank Zombie dan Fraudulatives

Bank Zombie dan Fraudulatives

HSBC Bank di ambang keruntuhan : Bakal Keruntuhan Bank Utama Kedua Didunia

http://iacknowledge.net/a-closer-look-at-china-and-hsbc-are-they-running-out-of-cash/

Assalamu ' Alaikum,

Aah keajaiban perbankan, bagaimana RM10,000 deposit tunai membenarkan bank-bank untuk terus mencipta  24,000 wang dari atas angin dan meminjamkannya tanpa siapa tahu keadaan sebenar sebab semuanya diselesai dengan pertukaran cek. Penipuan itu akan terserlah jika semua orang bermula untuk menuntut wang tunai. RM25000 wang yang berpusingan tetapi hanya RM1000 yang benar benar wujud. Inilah gambaran sebuah bank dalam krisis.


Bayangkan semua peminjam pergi ke bank serentak untuk menuntut wang tunai, bank tidak mampu penuhi kehendak mereka kerana ketidak cukupan wang . Jika mereka bersetuju untuk selesai dengan cek semuanya beres kembali. Begitu juga jika semua pendeposit pergi untuk keluarkan deposit mereka. Bukan sahaja ia telah dipinjamkan keluar tetapi 25 kali jumlah deposit tersebut telah diberikan untuk pinjaman. Bank senang sangat jika kita berurusan dengan cek dan bukannya wang tunai .

Walau bagaimanapun apa yang berlaku kepada HSBC tidak terbanding dengan keadaan sebenar bank-bank besar di Amerika Syarikat sekarang. Di Amerika Syarikat mereka mempunyai apa yang dipanggil Bank Zombie iaitu bank-bank yang sudah lama mati tetapi dihidup kembali oleh perakaunan yang tidak jujur ​​dan  ​​pengauditan pincang yang bersifat subahat oleh firma audit antarabangsa.

Ingat lagi aset toksik krisis subprima 2008, yakni derivatif-derivatif yang tiada lagi nilainya?  Banyak yang masih wujud dalam aset semasa bank bank Amerika. Asas audit memerlukan kita untuk menilaikan aset dengan harga pasaran atau nilai buku, yang mana satu lebih rendah. Namun fraudulatives ataupun derivatif bersifat penipuan ini sengaja diatur menjadi begitu kompleks hanya bank-bank besar yang erti meletakkan nilai kepadanya ; juruaudit tertipu, dan syarikat audit menutup mata bersubahat atas arahan dari pihak yang lebih berkuasa . Oleh itu sekiranya perakaunan dan pengauditan yang benar dan teratur dilakukan, sapertimana mereka sering mensyarahi dunia untuk lakukan, bank-bank ini sebenarnya telah lama dikuburkan kealam barzakh.

Walau bagaimanapun inilah sebuah penipuan yang sudah serasi dengan Amerika dibawah kuasa kongkongan Yahudi , di mana Dow Jones dimanipulasi, dan Bank Pusat milik swastanya, yang dipanggil Federal Reserve benar-benar boleh memetik USD daripada atas angin untuk menipu rakyat sendiri, dan untuk menipu masyarakat dunia apabila ia menjadi bayaran kepada pembelian Amerika keatas hasil mahsul dunia.

Kehairanan kita sebenarnya bukanlah bahawa Amerika mampu melakukan penipuan ini, tetapi yang lebih menghairankan kita ialah masih begitu banyak penyokong tegar mereka seluruh dunia yang enggan melihat, dan enggan memperakui penipuan jahat Amerika ini!

Wassalam,

Zahid

No comments:

Post a Comment