Tuesday, July 2, 2013
Adakah kita bangga dengan keadaan ini? / Are we proud of this?
Assalamu 'Alaikum,
I just came back from a relative kenduri tahlil in Perak. I learnt from a relative selling hamburger and sugar cane juice for a living at a housing estate in Ipoh that kids are coming up to him with just coins and asking whether they can just buy the beef because they cant afford the whole hamburger. My aged auntie in the kampung says people are coming to her house asking whether she has odd jobs they can do. If she has, the little money they earn are dutifully used to buy food for the family. I have seen people going into nasi campur shops at lunch time and eating only rice, gravy and vegetables because that is all they can afford.
Are we proud of this? This is not about politics. This is about a banking and economic system we practised that systematically over the years makes the poor poorer and the rich richer. How much longer will we practise this system and allow these tragedies to happen? Humans have a right to live.
Saya baru balik dari kenduri tahlil kematian saudara di Perak. Saya diberitahu oleh seorang saudara yang menjual hamburger dan air tebu untuk menyara kehidupan keluarganya di sebuah kawasan perumahan di Ipoh bahawa anak-anak kecil datang kepadanya dengan hanya duit syiling dan bertanya sama ada mereka boleh membeli daging burger sahaja kerana mereka tak mampu membeli burger keseluruhannya. Ibu saudara berumur saya di kampung memberitahu beliau sering didatangi orang bertanya sama ada dia mempunyai apa-apa kerja upah yang mereka boleh lakukan. Sekiranya ada, upah yang didapati terus digunakan untuk membeli makanan untuk keluarga. Saya sendiri telah menyaksi orang-orang yang datang ke kedai nasi campur pada waktu makan tengah hari dan hanya memakan nasi, kuah dan sejenis sayur kerana mereka tidak mampu lebih dari itu.
Adakah kita berbangga dengan keadaan ini? Ini bukan soal politik. Ini adalah soal suatu sistem perbankan dan ekonomi yang kita amalkan yang secara sistematik dari tahun ketahun membuat yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya. Berapa lama lagi harus kita amalkan sistem ini dan membenarkan tragedi-tragedi ini berlaku? Manusia mempunyai hak untuk hidup.
Zahid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment