Friday, July 19, 2013

Soalan Berkaitan / Question Regarding Zahid’s Say Blog Posting “Fiat Money and Economic Degradation of Muslims”

Assalamu 'Alaikum

Soalan Berkaitan Zahid’s Say Blog Posting  “Fiat Money and Economic Degradation of Muslims”
Kepada: zaziz@hotmail.com
Dari:
Tarikh: Selasa, 16 Jul 2013 16:11:52 -0700
Subjek: Re:  Fiat Money and Economic Degradation of the Muslims
Adakah Perbankan Islam juga mengamal riba dengan nama yang lain?
Dipohon pencerahan

--------------------------------------------
Sdr,
 
Mereka juga terlibat dengan perbankan rizab pecahan seperti bank-bank konvensional. Perbankan rizab pecahan adalah di mana RM1000 yang anda letakkan di dalam suatu akaun semasa dengan sebuah bank akan dipinjam berkali-kali oleh bank-bank sehingga akhirnya ramai orang memegang buku cek yang mengaku memilikki RM1000 tunai yang anda mula-mula letakkan di bank anda tersebut. Bank boleh berbuat demikian sebab tidak ramai orang yang datang keluarkan tunai; kebanyakkan membuat bayaran dengan buku cek. Mereka tahu lazimnya mereka hanya perlu simpan  tunai hanya 10% daripada jumlah keseluruhan buku cek tersebut. Ini kerana itulah jumlah maksima yang biasa dikeluarkan oleh orang dari bank didalam sesuatu masa.

 
Ini adalah apa yang dikatakan sebagai mencipta wang dari atas angin. Secara matematik kita boleh kira dengan rizab sebanyak 4%  yang perlu disimpan dengan Bank Negara oleh bank setiap kali mereka meminjamkan wang RM1000 anda itu  sistem perbankan boleh mewujudkan RM25000 wang ciptaan atas angin. Deposit tunai sebanyak RM1 bilion didalam bank-bank bermakna pada sesuatu masa terdapat RM25 bilion wang ciptaan atas angin dalam aliran. Setelah mencipta wang atas angin ini bank dibenarkan pula meminjamkannya dengan bunga! Lebih teruk lagi mereka dipinjamkan hanya kepada orang berada yakni yang memilikki aset untuk cagaran. Mereka ini ialah orang kaya, selalunya syarikat korporat besar. Syarikat korporat besar ini kemudiannya mengguna wang ini untuk membeli aset nyata. Kerana jumlah wang dalam masyarakat naik tetapi jumlah barangan dan perkhidmatan tidak naik maka terhasillah gejala inflasi. Seperti yang anda tahu inflasi ditanggung oleh semua, kaya dan miskin. Tetapi yang kaya sekurang-kurangnya memilikki aset yang dibeli tersebut manakala yang miskin tidak memilikki apa-apa dan  menanggung kerugian yang berterusan dalam kecurian kuasa membelinya. Itulah sebabnya ini adalah satu sistem yang tidak adil dan zalim. Ia terus-menerus memindahkan kekayaan daripada yang miskin kepada yang kaya dan membuat yang kaya semakin kaya dan yang miskin bertambah  miskin.
 
Masalah ini hanya akan selesai jika kita hentikan keupayaan bank-bank untuk menerima deposit dan meminjam deposit. Kita boleh melaksanakan ini dengan mewujudkan dua jenis bank. . Satu jenis bank hanya berurusan dengan sistem pembayaran, iaitu mereka memberi anda buku cek dan membolehkan anda untuk membuat pembayaran hanya dengan wang tunai sebenar anda di bank. Mereka tidak dibenarkan untuk memberi pinjaman. Ini akan menghentikan keupayaan mereka untuk mengamalkan perbankan rizab pecahan iaitu mencipta wang daripada atas angin. Bank-bank untuk membiayai keperluan korporat pula kita wujudkan bank atau institusi pelaburan yang melabur dalam syarikat-syarikat secara ekuiti dan bukannya secara pinjaman. In sya Allah saya memilikki suatu  model yang boleh selesaikan masaalah siswazah menganggur sambil ia memastikan bank-bank tidak kerugian.
 
Dalam pada itu sebagai strategi sementara sebelum kita sampai ke peringkat itu kita boleh menghapus ketidakadilan perbankan rizab pecahan dengan menasionalismakan semua bank-bank supaya kelebihan perbankan rizab pecahan diberikan kepada orang-orang miskin. Sudah tentu terdapat isu-isu dalam nasionalisasi ini tetapi ini bukan sesuatu yang  kita tidak boleh atasi dan tidak melakukannya, kita akan berada dalam kedudukan yang lebih teruk lagi. Wang dalam negara harus disandarkan kepada ‘ain iaitu emas dan perak.  Bagi negara-negara Islam khususnya kita boleh mulakan suatu sistem dimana jumlah wang negara disandarkan kepada KDNK dan dipantau oleh sebuah Organisasi Hisbah Antarabangsa. Butir-butirnya boleh kita perincikan kemudian.
 
Itulah sebabnya kita perlukan pemimpin yang berintelek dan berpandangan jauh untuk melaksanakan perkara ini. Pemimpin tidak cukup hanya celik dunia, pemimpin-pemimpin perlu juga menguasai ilmu serta memahami tuntutan Maqasid Syariah.
 
Berbalik kepada soalan anda mengenai Perbankan Islam. Dengan hampir kesuluruhan aktiviti mereka terlibat dengan pembiayaan hutang mereka juga mengamalkan perbankan rizab pecahan. Akibat pembiayaan hutang mereka adalah sama dengan akibat pinjaman konvensional. Adakah ini patuh Syariah ? Untuk patuh Syariah sebuah transaksi ekonomi bukan sahaja perlu patuhi fiqh, kesan makro transaksi-transaksi tersebut perlu juga mencapai Maqasid Syariah atau Objektif Syariah. Pada masa ini perbankan Islam saperti diamal boleh dikatakan sebahagian besarnya mematuhi fiqh tetapi sepastinya ia tidak mencapai Maqasid Syariah. Saya mempunyai satu artikel mengenai perkara ini yang akan diterbitkan dalam The Edge in sya Allah Ahad ini. .
 
 Terima kasih kerana bertanya. Ramadhan Kareem.
 
 Zahid

To: zaziz@hotmail.com
From:
Date: Tue, 16 Jul 2013 16:11:52 -0700
Subject: Re: [classof72] FW: [MCOBA Mail] Fiat Money and Economic Degradation of the Muslims
 
So called Islamic Banks also practised riba,is it but by giving different names??
Please advise.
--------------------------------------------
Dear Brother,

They are equally guilty of fractional reserve banking as the conventional banks. Fractional Reserve Banking is where the RM1000 you placed in a current account with a bank and for which you are given a chequebook is lent many times over by banks so that the end result is a lot of people hold cheque books having a claim to the same RM1000 cash you first placed in the bank. Bank gets away with this because people use cheque books to make payment and not so  much cash. They know at most they need to hold only 10% of the amount of the entire chequebooks as cash because that's the usual maximum amount people will withdraw cash from the banks at any one time.

This is what is described as creating money out of thin air. Mathematically with a 4% reserve the banks have to placed with Bank Negara every time they lent the money the RM1000 you placed with the bank allows the banking system to create RM25,000 fake money. RM1 billion cash deposit in banks means at any one time there is RM25 billion fake money in society. Now if you picture this fake money being lent by banks with interest that is already bad. To make matters worse they lent it to people with collateral ie rich people or mostly rich corporates. These rich corporates then buy real assets in society. Because the amount of money in society increases but the amount of goods and services does not what will happen is inflation. As you know inflation are borne by all rich and poor. But the rich at least own the assets they bought; the poor own nothing and suffers continual loss in purchasing power. That is why this is an unjust and evil system. It continually transfer wealth from the poor to the rich and makes the rich richer and the poor poorer.

The problem will be solved if we stopped the ability of banks to accept deposits and lend deposits. We can have two type of banks. One set of banks deals only with the payment system ie they give you chequebooks and allow you to make payments with the actual cash you have in the banks. They are not allowed to lend, so that will kill their ability for fractional reserve banking ie create money out of thin air. The banks to fund the needs of corporates should be investment houses who invest in companies instead of lending them money. I have a model for this which will create jobs for unemployed graduates as well as ensure the banks do not lose money.

In the meantime as a temporary strategy before we reach that stage we can kill the evil of fractional reserve banking by nationalising all banks so that the advantage of fractional reserve banking is given to the poor people. Of course there are issues with nationalisation but its not something we can't handle and not doing it we will be in an infinitely far worse position. Money in a nation then should be pegged against specie ie gold and silver, and for Muslim countries to begin with, under a sophisticated system money can pegged against GDP monitored by an international hisbah organisation. Details can be discussed later.

That is why we need intelligent and thinking leaders to execute this. It is not enough to be world savvy, the leaders have to be intellectual savvy also as well as versant with the demands of Maqasid Shariah.

Coming back to your question on Islamic Banking. They also operate on a fractional reserve banking basis and their debt financing have the same effect as conventional lending. Is this Shariah compliant? To be  Shariah compliant economic transactions must not only comply with fiqh, the macro effect of the transactions must also not contradict Maqasid Shariah or the Objectives of Shariah. Currently Islamic banking as practise can be argued to be largely compliant with fiqh but certainly does not achieve Maqasid Shariah. I have an article on this  which will be published in the Edge in sya Allah this Sunday. I will post it here later.

Thanks for asking. Ramadhan Kareem.

Zahid

No comments:

Post a Comment