Thursday, July 4, 2013

Let us not reach this stage / Janganlah kita sampai ketahap ini



Assalamu 'Alaikum

Let us not reach this stage / Janganlah kita sampai ketahap ini

In America in 2010 25 hedge fund managers were reported to have made over US22 billion for themselves while 44 million Americans were on food stamps. CEO pay increased 27% in 2010 when over 20 million Americans were unemployed

Let us not reach this stage here in Malaysia
The issue is not about eradication of poverty in a society. The issue is about the widening gap between the rich and the poor because of our blind adherence to the current debt based and fiat money and fractional reserve banking based banking system.

An Islamic system operating on a similarly debt based and fiat money and fractional reserve banking based system hardly delivers a difference to the widening gap between the rich and the poor. Amongst the objectives of Shariah when it comes to maal or property are an equitable distribution of wealth, wide circulation of wealth in society, and prohibition of transgression against property of others. A debt based banking system with biased towards bank clients with collateral and high paid up capital makes the rich richer and the poor poorer. A fractional reserve banking money creation system which allows banks to create money out of thin air and then pass it to collateral rich corporates to purchase real assets delivers inflation to society when the massive jump in thin air money is not matched by an equivalent rise in products and services. This inflation is then unjustly borne by the society including the poverty stricken. This is clear transgression on the property rights of others. On what grounds are then an overly debt based banking system is not an abandonment of Maqasid?

Di Amerika pada tahun 2010 25 pengurus dana lindung nilai (hedge fund managers) dilaporkan telah mendapat ganjaran US22 bilion untuk diri mereka sendiri semasa 44 juta rakyat Amerika sengsara kemiskinan bergantung kupon makanan untuk makanan harian. Gaji CEO meningkat 27% pada tahun 2010 semasa lebih 20 juta rakyat Amerika sedang menganggur

Janganlah kita sampai ketahap ini di Malaysia

Isunya bukan berkaitan pembasmian kemiskinan dalam masyarakat. Isunya ialah jurang yang semakin besar antara golongan kaya dan miskin disebabkan ketaksuban kita terhadap sistem ekonomi dan perbankan yang berteraskan hutang, wang fiat dan perbankan rizab pecahan. Sistem Islam yang beroperasi didalam suasana hutang, wang fiat dan perbankan rizab pecahan tidak berupaya mendatangkan kesan terhadap jurang yang semakin besar antara golongan kaya dan miskin. Antara Objektif Syariah (Maqasid Syariah) berkaitan dengan maal atau harta ialah, pengagihan maal yang saksama, peredaran luas maal dalam masyarakat, dan larangan melanggar harta orang lain. Satu sistem perbankan berasaskan hutang yang berat sebelah terhadap pelanggan bank yang memilikki cagaran dan modal berbayar yang tinggi mengakibatkan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Sistem perbankan rizab pecahan yang membenarkan bank mencipta wang dari atas angin yang kemudiannya diserah kepada korporat untuk membeli aset nyata akan menghasil inflasi apabila jumlah wang melambung tinggi berbanding kenaikkan barang dan khidmat. Inflasi ini ditanggung secara tidak adil oleh masyarakat termasuk masyarakat marhaen. Ini adalah pelanggaran yang jelas terhadap haq-haq maal atau harta orang lain. Atas alasan apa lagikah sistem perbankan yang berasaskan hampir keseluruhannya hutang dikatakan tidak melanggar Maqasid?


Zahid
'72S

No comments:

Post a Comment